Faktor pencetus Perjalanan_Dura_Besar

Kerajaan Tanjung British sangat tidak menyenangi pemilikan hamba oleh orang Boer yang dianggap menindas penduduk asal kawasan tersebut.[4] Tambahan lagi, kerajaan tersebut menggesa jajahan Tanjung tersebut menampung perbelanjaan sendiri melalui suatu bentuk percukaian yang tidak difahami orang boer dan Belanda di Cape Town.[3]

Langkah Britain mahu menghapuskan perhambaan di seluruh jajahannya pada 1834 memburukkan keadaan bagi pihak Boer[2][3] yang sangat bergantung kepada tenaga kerja mereka untuk perusahaan bijirin dan wain mereka.[5] Pampasan dapat dilakukan kepada kerajaan Tanjung namun ia terpaksa dilaksanakan di London yang menampung kos perjalanan sangat mahal untuk orang Boer sendiri.[3] Maka dengan itu, ada daripada kalangan mereka yang serik dengan masalah yang dihadapi ini mula menjual ladang-ladang mereka dan merantau jauh ke pedalaman Afrika yang asing untuk mengelakkan diri serta hidup bebas dari campur tangan British.[3]